Wednesday 29 October 2014


              Assalamualaikum semua, ramai yang tertanya-tanya di mana letaknya Hutan Simpan Royal Belum. Jangan cakap orang luar, orang Perak pon ada yang tak tau Royal Belum kat mana.. Haishhhh!! 

This is ROYAL BELUM

         
Peta ke Hutan Simpan Royal Belum,Gerik, Perak.
                   Nih nak bagitau sikit. Hutan Belum ni 
 terletak di utara hujung Perak, senang cakap Hulu Perak lah.. Daerah Perak yang paling hulu iaitu terletak di Gerik.  Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini kalau nak tahu dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. 

            Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Hutan simpanan Belum dan Temenggor ni dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak dah declare untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

Air Terjun Sungai Ruoh.
                Kalau korang nak tahu, 90% bahagian atas hutan belum belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Tengok! betapa semulajadinya Hutan Belum.. Banyak yang tak discover lagi dan masih tidak disentuh..
            Terdapat banyak khazanah alam yang terdapat di Royal Belum. Haiwan yang sangat popular kat sini "Pak Long" laaaa.. Sapa tak kenal..  Biasanya dia keluar ke Jalan Raya Timiur-Barat, Gerik pada waktu hujan,petang atau malam.. biasanya pada waktu sejuk.. sebab nak dapatkan wap & haba daripada jalan raya untu panaskan badan. Kalau terjumpa pada waktu siang tu beruntung laa..  Agak-agaknya haiwan apa? 

Sekumpulan Gajah Berehat di tepi Lebuh Raya Timur-Barat,Gerik. Agak-agak berapa ekor?

Notis papan tanda Gajah melintas oleh Jabatan Perhilitan.

Sepasang gajah bersama anaknya.

Gajah sedang Berkumpul di Sira Binatang untuk mendapatkan garam mineral dari sira tersebut.

                 Ape je yang takde kat Hutan Belum ni? Tupai, Kubung, mawas, harimau, tapir, kijang, pelanduk, rusa ,seladang? semua jenis haiwan ada di Belum. terdapat juga berbagai jenis tumbuhan yang hidup subur di Hutan Simpan Royal Belum. Yang paling special sekali adalah Bunga Rafflesia atau Bunga Pakma.
               Bunga Rafflesia ada di Gerik? Yeaa, ramai orang tak tahu kewujudan bunga tu di Gerik, Perak.. So, kepada pecinta alam sekitar, tunggu apa lagi? ambil peluang ini..

Bunga Rafflesia yang masih belum  kembang.

Bunga Rafflesia atau Bunga Pakma yang sudah matang.

                 Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat. Hutan ni juga dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.

Air terjun di Sungai Ruoh
                                                       


Pelbagai  jenis kayu kayan hidup subur di Hutan Simpan Royal Belum. 



Berbagai jenis batu-bata yang terdapat di sini. Kawasan tanah lembab dan berair faktor utama hutan ini dihuni menjadi habitat berbagai flora dan fauna.

Berbagai jenis akar kayu.

Trek untuk ke habitat Bunga Rafflesia atau Bunga Pakma. 
                        
                     Hutan Simpan Royal Belum ini juga dihnni oleh pelbagai etnik masyarakat asli. Antaranya ialah masyarakat Asli Jahai dan Asli Semai. Mereka hidup secara berkelompok. sumber utama makanan dan tempat tinggal mereka hampir sepenuhnya berasaskan sumber hutan.

Anak masyarakat asli Jahai di Pulau Aman Damai.

Comel.

Pulau Aman Damai.


Rumah masyarakat Jahai.

           Jika mahu tengok hutan tertua di dunia tak perlu pergi melancong hingga ke Hutan Amazon di Brazil atau ke Amerika Selatan. setelah dikaji secara saintifik ,Hutan Simpan Royal Belum merupakan Hutan Yang tertua di dunia. Hurmmm,,.. macam tak percaya kan.  Sebenarnya ramai orang yang masih  tak tahu pasal ni, sebab kita selalu diceritakan mengenai Hutan Amazon yang kaya dengan pelbahgai flora & fauna sedangkan Hutan di Malaysia pon tak tahu. 

Pulau Banding dikelilingi Tasik Temenggor, Royal Belum.

Gambar pemandangan Tasik Temenggor di awal pagi.


Pokok Keladi Gergasi.

Akar Banir Pokok di Hutan Belum.
  
       Lembah Belum meliputi tasik buatan manusia terbesar yang berukuran 70 kilometer panjang dan 18,000 hektar lebar iaitu Tasik Banding yang mengandungi empat buah empangan terdiri daripada Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh. Tasik ini kaya dengan berbagai jenis hidupan air tawar dan hidupan akuatik antaranya ialah ikan kelah, Toman, Sebarau, Tengalan, Baung, Kaloi, Tengas dan banyak lagi.

Tasik Temenggor.


Hasil pancingan Sebarau, Toman, dan Baung.
       
Hasil pancingan malam. Pak Baung menyambar.

Sebarau.

Toman.
                Untuk pengetahuan semua, usia Hutan Royal Belum adalah lebih tua daripada Hutan Amazon di Brazil, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Usia Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan Amazon. 


                Malaysia ni sebenarnya menyimpan berbagi khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai. Memandangkan saiz hutan amazon lagi berganda-ganda luasnya daripada Hutan Royal Belum maka sebab itulah pandangan media luar lebih tertumpu kepada hutan amozon yang kononnya dikatakan hutan tertua di Dunia tetapi fakta itu adalah salah. 

             Banyak lagi perihal Hutan Simpan Royal Belum yang belum dikongsi. Kami dari syarikat Arus Belum Sdn. Bhd. sedia membantu anda semua. Arus Belum merupakan syarikat pelancongan dan rekreasi yang menyediakan pelbagai jenis pakej pelancongan.


Logo Syarikat Arus Belum Sdn. Bhd.

             Jom kita explore Hutan Simpan Royal Belum, Gerik, Perak. Bagaimana mahu bercuti di Royal Belum?
  • Bagaimana mahu beraktiviti luar " outdoor activities" di Belum?
  • Pakej Memancing?
  • Pakej Team Building?
  • Pakej Photografi ?
  • Pakej Perkhemahan?
  • Pakej Lawatan? ( Bunga Rafflesia, Kelah Sanctuary, Waterfall, lawatan Asli Village)*
  • Pakej Sewaan Houseboat?
  • Pakej sewaan speedboat/ Boat 40hp/ Boat 90hp
  • kayak/ Rafting/ water Confident/ water tiubing/ crossing lake/ Jungle trekking?
  • Pakej Memasak?

             Dan banyak lagi aktiviti menarik. Lawati laman web kami. www.arusbelum.com atau lawati laman facebook kami www.facebook.com/arusbelum.

Survey pakej dulu.. Tengok-tengok.. Harga boleh dirunding.. Boleh negotiate..

Houseboat Arus Belum 1

Houseboat Arus Belum 1.

Houseboat Arus Belum.

Houseboat Arus Belum 2.

Keselesaan Pelanggan keutamaan kami.

Kemudahan Bot Penumpang.
         Korang boleh direct contact mana-mana number phone ni untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Banyka lagi benda yang nak diceritakan, mungkin di sesi seterusnya.

Zain: 019-3455233
Samsuddin @Gopa:  019-5260067
Baharul: 019-5660903

         Untuk seterusnya kami akan pamerkan dengan lebih terperinci menegenai kemudahan & fasiliti disediakan, Pakej Arus Belum, dan tempat-tempat yang menarik di Royal Belum.

Tunggu apa lagi? Moh kiter ke Belum! Nikmati ketenangan yang tidak pernah anda rasai.

_____________________________________________________________________

Laman web:   www.arusbelum.com
Facebook: .     facebook.com/arusbelum
Instagram:      arusbelum